
hari demi hari.. aku mengatur langkah demi langkah.. detik demi detik.. aku rasa bagai ada kekosongan dalam hati ini yang tidak diisi oleh 'dia' .. kadang-kadang sejujurnya jika aku melihat teman-teman ku yang mempunyai seseorang disisi aku akan rasa bahgia nya mereka..
kerana ada seseorang yang boleh disayangi dan menyayangi dirinya.. kadang kala terdetik dalam hati ini yang aku cemburu dengan kebahgiaan mereka..
tadi dengan tidak sengaja aku telah membuka gambar seseorang kakak senior aku dahulu.. melihatnya gambar-gambarnya membuat aku gembira.. aku gembira kerana terkenang saat dahulu dan juga kerana aku ternampak gambar 'dia'..
aku cuba ingatkan pada diriku bahawa aku harus melupakan 'dia' buat selama-lamanya tapi jika aku ternampak gambarnya pilu kan hadir di hati ini..
aku ingat lagi waktu itu..
kerana perasaan bencilah aku mula menyukai dan bertukar menyayanginya..
aku tahu ini semua hanya cinta yang bertepuk sebelah tangan tapi 'dia' akan selalu berada di dalam hati yang kosong ini!!
No comments:
Post a Comment